Pilihan hati sukan


Tahun nie terasa nak bersukan  disebabkan terasa dah gemukk... sebelum nie kurus kew ahhhh what everrr...
hahahha tengok dekat cermin oke je... x gemok pon... still macam dulu
arrhhh... gemok kot sekali tngok mmg la tak gemuk tapi kalau dua kali tengok atas dan bawahh gemokkk.. hahhaa tadi memang la tak gemok sebab tengok atas je kat cermin... bahagian muka mmg la tak ada effect klau ada pon tembam hahhaa comey (klau pompuan) peace yo.
Sukan?? arrr rasa malas nak bersukan nie tapi kalau tak sukan nak kew beriadah petang - petang sorang-II hmmm.. kalau sorang bosan la pulak takde yang nak teman bagai... rasa tak best pulakkk klau waktu sekolah tu ada la cikit kurikulum tu pon tergila-gila kan nak dapatkan medal memanah tapi sayang orang suruh turun latihan malas bnyak sangat bagi alasan
makan dia last sekali tak dipilih hahaha...
sukan masihhh memilih lagi.. klau boleh nk yang tak ada bergerakan hanya menggunakan akal fikiran,
tempat tenang, cuaca sejuk dan blablalbalalballa...

banyak la rule nk bersukan nie klau bagi aku... macam cari jodoh pulakkk hahahah
Jodoh Ooop... hehehhe
Apa Jenis sukan nak pilihhhh nie!!!!!

LANGGAR [2013]



LANGGAR [2013] 



LANGGAR [2013]


SYNoPSIS
Ini adalah cerita tentang jenayah, rasuah dan dendam. "Langgar" watak utama adalah Nizam, seorang lelaki yang bertujuan membalas dendam kepada kumpulan gangster yang telah membunuh isteri dan anaknya untuk menyelesaikan darah-hutang. Dengan bantuan daripada rakannya, Khairul, beliau menyusup barisan kumpulan gangster terkenal diketuai oleh Radzi, yang mengendalikan kongsi gelap, terlibat dalam pemberian pinjaman wang haram. Nizam mengakui Ini adalah peluang beliau untuk mengambil nyawa darah, untuk misi membalas dendam.





memdapatkan modal diblog " Free"



Assalam. Wah first post bulan ni. Korang pernah tak terdengar atau terfikir apa ke benda Gushcloud tu?

Ok sekarang amer nak explain lah sikit2 tentang gushcloud ni. Korang xde buffered earning kat blog ? laaa ape kata sambil tu join benda ni . Gushcloud click untuk join. Semudah abc.


click sini join Gush Ad
lepas tu sign in guna twitter.
tarraa siap




Gush Ad ni memang macam Says dengan Churp2. Yang bezanya dorang guna USD dollar . Bayangkan duit tu ditukar ke .... Rm malaysia.Mudah je tidak perlu tutorial lah. Tekan2 camtu je . Jangan menyesal kalau tidak join. Benda ni memang macam says and churp2 lebih kurang nuffnang jugak la.. . Cuma income nye senang lagi nak masyuk .



Marilah Join tekan sini ( Gush Ad)


Lepas tu ada button SIGN IN twitter. Korang tekan tu. Makesure korang memang sedang online twitter kalau korang tekan sign in button tak perlu letak password takut korang muskil dengan benda ni.



xperlu lah nak ajar korang masuk sebab hari tu pun masuk diri sendiri juga. Belajar siki2 mula2 x layan sangat benda ni lepas tgok balik dapat 3usd. terus layan bende nie macam tak caya je dpt macam tu je mudahh!! sngat


Korang join lah yer terimasss. :D

Jambatan kedua pulau pinang







Lawa bila jambatan ini siap dibina banyak jugak kemudah bagi  orang awam seperti aku.
Banyak kemudah yang boleh memudahkan kita 

Ianya dapat menaikan NAMA MALAYSIA. ia itu negara kita.






Panjang juga jambatan ini

INFO :Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang berada dalam pembinaan di Pulau Pinang,Malaysia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013 . Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan
CIRI : Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu KawanEnam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.
Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direkaseakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
Baru - baru ini ramai yang mengikuti Berita tentang Jambatan kedua pulau pinang runtuh, entry kali ini nak tahu juga kenapa boleh runtuh sapa yang patut disalahkan sebab dah heboh dekat media massa dengan media elektronik.



Punca yang dapat disimpulkan ialah Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur.

      “Mengikut sumber dari pihak kontraktor, semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya berlakunya runtuhan selepas itu,” kata Mohamad Shoki.

       Juga perlu diingat, UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal.

      Oleh itu tak perlu lah pembangkang dan masyarakat membuat andaian sendiri mengambil kesempatan menggunakan isu struktur jambatan kedua yang runtuh untuk menyalahkan kerajaan. Biarlah para juturera dan pakar menyiasat punca puncanya, elok lah dihentikan segala spekulasi spekulais jahat sekiranya kita tidak arif tentang perkara ini.



PIHAK YANG TERLIBAT Mengulungkan takziah kepada mangsa terlibat Al -Fatihah








BUdak relax memang macam tu..

Hari ini best sangat bnyak peristiwa yang jadi lepas satu - satu yang datang, mungkin hari ini sang percipta  nak uji, tapi tak apa lah  bkn selalu DIA nk uji kita. kalau tak diuji bila lagi kita akan menjadi matang.
Entry kali ini bkn nak mengeluh kesakitan atau apa - apa
tapi kali ini nak ceritakan peristiwa tergempar la jugakkkk demmmm!!!!!! demmmm!!!
tadi Lepak  ngn kawan - kawan sembang punya la nak lebat ouwhhh kau zarul, ada je dalam otak kau nk sembang. MaMAk kasi satu teh  "O" ais hahahha jimat duit la... murah pon murah RM 1.oo je hehhehe.
Bila air dh smpai buat apa lagi minum jelaa.. x kan tgok je
perghhhh lega kerongka aku,sedap - sedap minummm, weyhhh zarul bila poli bukak a;aahhh
mana la aku tahu,
cuba kau tnya mmber kau... aku pon tak tahu.
Mcg pnya mcg INFO hangat dari malody smpai
info"minggu depan poli masuk"
apa lagi muka terperanjat la nk kata buat muka sepuluh sen tak juga lebih lagi kot
rasanya muka mintak penamparrrrr!!!!! hahahaah
dengan bayaran yuran pon belum selesai. arrrr tidakkkkkkkkkk!!!! huhuhuhu sabar - sabar
Malaysia ini kan ada undang- undang. hahahaha
Bila la aku nak berubah mengguruskan masa, tapi pelik jugak kenapa sekejap sangat masa berlalu huhuuhuh...

FAST & FURIOUS 6 [ 2013 ]

Melajukan proses Mozila Firefox



Tips: Kesemua tips di bawah memerlukan untuk anda menaip 'about:config' pada bar alamat (address bar), dan kemudian tekan Enter. Akan keluar satu laman amaran, klik pada "I'll be carefull, I promise!"




1. cari  “network.http.pipelining”. double-click menjadi true.





2. Set "network.http.proxy.pipelining"  double-clicking menjadi true.


3. klik kanan tekan modify dan tukar tukar nilai "16"



4. klik kanan pada mouse dan pilih New > Integer dan namakan sebagai         nglayout.initialpaint.delay  . Nilai bagi nglayout.initialpaint.delay tu, korang letak 0        



5. kod entri ini -> browser.sessionhistory.max_total_viewer. Korang masukkan  nilainya kepada         '0'.




6. Masukkan entri plugin.expose_full_path -> Boolean dan masukkan nilainya kepada true



7. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri content.notify.backoffcount dan masukkan nilainya kepada 5


8. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri ui.submenuDelay dan masukkan nilainya kepada 0



Sekarang anda hanya perlu restart Firefox dan rasakan perubahannya. Selamat mencuba
*Jika ada masalah atau tidak paham sila komen diruang disediakan, selamat mencuba

Install Wechat ke dalam PC / Laptop



Assalamualaikum..
Entry kali ini Sekepingkertasronyok nak share satu Emulator disebabkan ramai sangat yang sudah menggunakanya tapi masih ada segelintir tidak mampu untuk membeli HP yang mahal - mahal. Aplikasi ini menggunakan telefon bimbit yang tertentu sahaja dan mempunyai sambungan internet. Aplikasi ini juga menjimatkan kos dari segi sms mahupon panggilan ( call ).



kalau berminat korang boleh ikut tutorial ini, tanpa was - was hahhahah...
STEP 1
Download software ini  Emulator BlueStacks


STEP 2
Instal di PC / Laptop anda pastikan 2 gb Ram keatas dan tekan " RUN"














STEP 3

 Accept agreement dan Next

STEP 4
tick semua kotak tu dan tekan " Install "


STEP 5

Tekan " Yes" dan tunggu hingga installation habis

STEP 6
Inilah Emulator BlueStacks 

kemungkinan untuk step 6 ini akan muncul satu downloading update, tunggu ianya selesai 

*Jika ada masalah atau tidak paham sila komen diruang disediakan, selamat mencuba










Melajukan internet tanpa software

Langkah pertama
 















Langkah kedua

















Errrr geram nak bukak satu web pon susah nak tunggu pulak satu seksaan,macam siput babap pon ada web cikai je pon tu pon facebook nak tunggu loading bole main bola sambil makan sampai terkentut tunggu nye, Entry kali ini aku nak ajar macam mana nak buat baik kepada internet Anda, klau dia tak mau kita paksa, klau dia mau tu dh gila mana ada orang kasi free je qouta tu. hahahah Straight to the point

Dari kerana facebook ku menjumpainya Dari kerana internet, kuuuu merana... disebbkan merana lah aku opeN facebook ... hilangkan tension masalahnya lagi tambah ketansionan aku adalah... hahhaah tuihhhhh
Okaylah..mula-mula amek dulu kertas catatkan. nanti biar reti buat . Simpan kat dompet tu hah.hahha...Gurau-gurau. bah, jom la kita buat ramai-ramai.

# Buka Registry editor.pergi ke Start -> Run dan taip regedit.

# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings.


# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.

Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer .Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk modify nilai Dword.Pilih sebuah base.Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99.


# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. klik kanan pastu modify, korang pilih Decimal, set kepada 153.



# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser ..selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang.. klau korang rasa laman korang salu sangat crash korang bole buat tutorial nie pulak

Tutorial Google Chrome
Mozila Firefox




 
test speed:-

Bagaimana menjadi GPU "Hardware Acceleration" Aktif atau Tak aktif dalam Chrome

Dalam pengkomputeran, hardware acceleration ialah penggunaan  hardware komputer untuk melaksanakan beberapa fungsi lebih cepat daripada yang mungkin dalam perisian proses pada CPU secara umum. Contoh pecutan hardware termasuk blitting fungsi pecutan dalam graphics processing units (GPU) dan arahan untuk operasi kompleks dalam CPU.


Bagaimana menjadikan ianya lancar
1. Open Chrome:
2. Taip "chrome://flags" dalam search bar:
3.Tekan enter dan ia akan membawa Anda ke laman seperti ini. Turun kebawah(scroll down) sehingga Anda mencari "Penggubahan GPU pada semua laman".  "Default" dan tukar kepada Disbled":
4. Akhir sekali klick "Relaunch now" button untuk confirm settings:
 

Pengalaman Pahit Membuat Bisnis Tak Akan Aku Lpai


Pengalaman Pahit Membuat Bisnis Tak Akan Aku Lpai
Assalamualaikum...
Disebalik kisah kejayaan sesebuah perniagaan, terakam kisah duka dan air mata yang wujud dan kewujudannya mungkin tak dihiraukan oleh masyarakat ramai.
Disebalik kemegahan plan pemasaran sesebuah network marketing, ada yang terluka dan mungkin akan terus membenci network marketing hingga ke akhir hayatnya.

pengalaman peribadi saya dengan sebuah syarikat yang menggunakan konsep network marketing untuk memasarkan produk mereka. Walaupun mereka akan nafikan yang konsep perniagaan mereka bukan network marketing, tetapi dari segi pelaksanaannya, ia sememangnya network marketing.
Kisah saya bermula apabila seorang kawan yang dah lama saya jumpa. Saya kenal dia masa zaman sekolah menengah. Itu pun tak pernah langsung bercakap atau berbual-bual mahupon sama kelas.
Selama 2 tahun langsung tak pernah berbual, tiba-tiba dia ajak pergi makan. Kononnya nak mintak teman. Selepas beberapa kali saya tolak, dan dia tetap mendesak mintak saya temankan dia, saya jadi tak sampai hati. Kesian budak ni… temankan je la. Bukan rugi apa-apa pun.
Tempat makan kami digerai yang dimaksudkan di Benten, IPOH.
Bila saya dah sampai tempat tu, saya mula memesan persanan makan dan minuman  tetapi ditegur oleh kawan saya, kita kat sini sekejap saja. Order punya order tiba-tiba datang seorang Mamat tegur kawan saya berpakaian ala – ala korporat dalam sudut hati memang nak gelak sampai pecah perut tapi tak sampai hati disebabkan tempat publik.


                        “Ehhhh zarul ini kawan aku dia nak cakap sesuatu”
Saya jangkakan pergi makan, tiba- tiba datang lagi kawan Mamat tu  berpakaian serupa Siap dengan blazer dan ada yang bertali leher.Kawan punya pasal, saya ikutkan kemahuan dia. Kalau orang yang saya tak kenal, dah lama saya blah dari tempat tu. Saya pun nak kena jaga maruah dia jugak. Ada ramai orang kat situ.
Cara Mereka  mejalankan perbincangan adalah seperti dalam gambar kat bawah ni.
EXAMPLE PICTURE
Lepas perbincangan, saya tak dibenarkan balik walaupun saya dah kata yang saya dah mengantok.Sebabnya mereka ada agenda mereka sendiri. Saya kemudian dibawa  ruang meja berlainan. Kat situ kami diasingkan dengan kawan saya.Disebabkan saya first timer, saya kena join yang first timer jugak. Then kami duduk dalam kumpulan, perkenalkan diri masing-masing. Kemudian saya diminta untuk membawa seramai ramai kawan yang boleh. Pada event mereka nanti

Kali nie mereka membuat besar – besaran di HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH
EXAMPLE PICTURE
Dalam sesi kali ini kami dikenalkan dengan leader mereka yang kononnya dah berjaya capai satu tahap yang membanggakan. Satu yang saya meluat… dia punya berlagak, mulut laser langsung tak ingat. Dah la cakap asyik pakai lepas.Macam biasalah… modus operandi dia. Kutuk orang, kutuk kerja orang dan perasan diri dia bagus sangat.
Lepas habis sesi yang mengarut tu, ingatkan semua dah settle. Saya ingatkan dah boleh balik. Pun masih tak boleh balik lagi rupanya.
Lepas tu saya di bawa pulak ke satu kedai. Rasanya situ memang port diorang ni semua berkumpul. Untung yang peniaga kat situ. Sekali datang, dekat 10 orang.
Saya di ajar untuk straight to the point bila buat bisnes. Saya diajar apabila buat bisnes menggunakan “Table Talk” mesti ada proposal , ada tawaran dan ada penerimaan atau penolakkan.
Saya jadi pelik dan berada dalam mode bersedia sepanjang berada di kedai itu. Saya tertunggu-tunggu, bila diorang ni semua akan ajak saya masuk bisnes diorang. Bila diorang akan push saya untuk join network diorang.
Saya dah mula bosan. Seorang demi seorang ini approach saya, perkenalkan diri dan cerita pengalaman diorang sepanjang diorang join group ni.
Saya tak minat nak join dengan kumpulan macam ni.
Saya tak nampak dekat mana saya akan dapat benefit. Untuk jaga hati kawan saya tu, saya kata yang saya akan fikir dulu, sebabnya esok saya akan bagi jawapan.
Nak bagi jawapan malam tu jugak? Gila… saya dah la datang dengan diorang. Kang diorang tak nak hantar saya balik macam mana? Kan susah tu nanti. Apalagi dengan tak pikir panjang membayar wang deposite RM 100.
Esoknya kawan saya tanya macam mana keadaan. Malam ni free tak untuk ikut dia  ke kedai semalam.
Tak lama tu dapat satu  mesej melalui telefon. Mengatakan bawa wang selebihnya untuk Register Akaun. Apalagi dah alang – alang masuk, biar sampai berjaya.
Selepas menjadi ahli mereka, mereka mula mesej dan telefon menanya khabar bisnis. Mula rasa bagus juga leader group ambil berat kepada ahli - ahlinya. Setiap kali hujung minggu mereka mengajak keluar bersama mereka untuk berbincang.  Tapi tidak lama tu mula menghantar mesej pelik dan memaksa membawa rakan baru. Saya mula berhenti dah menyebabkan menganggu ruang waktu pembelajaran saya di IPTA Tempatan dengan menghantar mesej , call dan perjumpaan dengan mendesak pelbagai bentuk. Lama juga saya dengan mereka hampir dekat satu Semasta sebagai Mahasiswa.
Kalau perasan semua mesej, sambil dia sebut nama Allah, sambil tu dia kutuk, dia hina dan dia perlekehkan siapa saya ini. Ikhlas lah sangat kalau macam ni kan!!!
 Ini ada satu perkongsian pengalaman dari saya yang dah terjoin bisnes ini. Inilah padahnya bila buat keputusan terlalu cepat tanpa fikir panjang. Konsep bisnes yang sebenarnya bukan macam ni.
Bisnis ini akan muncul bila ANDA menamat sesi persekolah dan melanjutkan pelajaran diluar sana. Kepada Mahasiswa, lebih baik anda fokus tentang pelajaran anda. Andalah harapan negara, jangan sia-siakan peluang yang ada. Kalau nak berbisnes pun, tunggulah hingga anda konvo nanti. Kawan saya pun rasanya dah tak berbisnes lagi dah
, dah menarik diri.
Wallahu a’lam.



Meriah cuti tahu nie

semasta dua dah nak habis seronoknya


        


             Tak payah nak BELAJAR,
              Tak payah nak buka buku
      Tak payah nak jumpa pensyarah lagi
                Bestttt.. nyaaa cuti!!!!!



setiap kali sem aku cakap bende yang sama  disebalik itu banyak buat aku bosan apabila tibanya waktu cuti semasta.....
"BOSAN" salah satunya aktiviti aku dekat rumah memang bestt aktiviti nieee korang cuba la ...
  Apabila banyaak sangat cuti aku mula rasa rimasss duduk rumah sorang diri
mula la... keluar masuk rumah!!!

                                          APA YANG AKU BUAT????
                

                                  keluar masuk rumah!!!HerMmmm!!!!!
Apalagi keluar melabur saham la....  orang labur saham untung aku labur saham tak bawa untung ponnnn mana yang tak nya boleh dikatakan tiap hari lepak dengan member aku,  boleh juga dikatakan bestfriend aku...

                                     


SeKeping KERTaS RoNYoK ヅ

Terguling-guling ditiup angin
bersama debu-debu halus
ke mana hala tujuan?
kertas ronyok

          Aku sekeping kertas ronyok
              Adakah berguna lagi?
                Jiwaku kacau bilau                                                                                         Menggagau                                                                                                                                
                                                          Aku sekeping kertas ronyok
Adakah berguna lagi?                 
Jiwaku pasrah,berkecamuk              
Dicampak                          
 Dipijak                            
Dibiarkan melata-lata                 

Sebelumku dilahirkan semula

  Diriku dihias dengan pena
    Kalimah-kalimah agung
       Teranyam didadaku
         Mencari pencinta

BiODaTa

Assalamuaikumm...
Terima Kasih Melawat SeKeping KERTaS RoNYoK ヅ
Haaiii...
Perkenalkan
Namaku ZAHARULFARHAN ZAHARI
Biasa dipanggil ZAHARUL atau RuL
Sebenarnya Nama ZAHARi adalah nama BAPA yang tercinta~~
Aku dilahir dalam keluarga yang sederhana
Aku merupakan anak kelima daripada Enam adik beradik
Tempat dan Tanggal Lahir: Taiping,PERAK   1994
                             ""Hansem takk"" Jangan Gelak kuat sangat tak senonoh  HAhahaha~~
Aku Seorang yang suka benda yang baru
Cita-citaku yang paling utama adalah ingin membahagiakan ORANG TUAku
Menjadi seorang saintis muda adalah keinginanku


tetapi aku belajar dalam bidang “ENGINEERING” hahahah kelakar 
bunyinyakan tak apa klau ada rezeki cita – cita mungkin tercapai juga... 




kalau jadi “ENGINEER” apa salahnya “MacOrrr Apa”Jangan Marahhh!!!!

Pesan: Jangan pernah menyerah untuk sebuah mimpi
Motto: Hidup untuk mencari Radha-Nya

               

Kamus Hidup: Kerja keras yang disertai dengan doa adalah kunci dari suatu keberhasilan 

                                  
                                            “practice to be make perfect "