Jambatan kedua pulau pinang







Lawa bila jambatan ini siap dibina banyak jugak kemudah bagi  orang awam seperti aku.
Banyak kemudah yang boleh memudahkan kita 

Ianya dapat menaikan NAMA MALAYSIA. ia itu negara kita.






Panjang juga jambatan ini

INFO :Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang berada dalam pembinaan di Pulau Pinang,Malaysia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013 . Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan
CIRI : Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu KawanEnam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.
Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direkaseakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
Baru - baru ini ramai yang mengikuti Berita tentang Jambatan kedua pulau pinang runtuh, entry kali ini nak tahu juga kenapa boleh runtuh sapa yang patut disalahkan sebab dah heboh dekat media massa dengan media elektronik.



Punca yang dapat disimpulkan ialah Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur.

      “Mengikut sumber dari pihak kontraktor, semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya berlakunya runtuhan selepas itu,” kata Mohamad Shoki.

       Juga perlu diingat, UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal.

      Oleh itu tak perlu lah pembangkang dan masyarakat membuat andaian sendiri mengambil kesempatan menggunakan isu struktur jambatan kedua yang runtuh untuk menyalahkan kerajaan. Biarlah para juturera dan pakar menyiasat punca puncanya, elok lah dihentikan segala spekulasi spekulais jahat sekiranya kita tidak arif tentang perkara ini.



PIHAK YANG TERLIBAT Mengulungkan takziah kepada mangsa terlibat Al -Fatihah








No comments:

Post a Comment