Pengalaman Pahit Membuat Bisnis Tak Akan Aku Lpai
Assalamualaikum...
Disebalik
kisah kejayaan sesebuah perniagaan, terakam kisah duka dan air mata yang wujud
dan kewujudannya mungkin tak dihiraukan oleh masyarakat ramai.
Disebalik
kemegahan plan pemasaran sesebuah network marketing, ada yang terluka dan
mungkin akan terus membenci network marketing hingga ke akhir hayatnya.
pengalaman
peribadi saya dengan sebuah syarikat yang menggunakan konsep network marketing
untuk memasarkan produk mereka. Walaupun mereka akan nafikan yang konsep
perniagaan mereka bukan network marketing, tetapi dari segi pelaksanaannya, ia sememangnya network marketing.
Kisah saya
bermula apabila seorang kawan yang dah lama saya jumpa. Saya kenal dia masa
zaman sekolah menengah. Itu pun tak pernah langsung bercakap atau berbual-bual
mahupon sama kelas.
Selama 2 tahun langsung tak pernah berbual, tiba-tiba dia ajak
pergi makan. Kononnya nak mintak teman. Selepas beberapa kali saya tolak, dan
dia tetap mendesak mintak saya temankan dia, saya jadi tak sampai hati. Kesian
budak ni… temankan je la. Bukan rugi apa-apa pun.
Tempat makan
kami digerai yang dimaksudkan di Benten, IPOH.
Bila saya dah sampai tempat tu, saya mula memesan persanan makan dan minuman tetapi ditegur oleh kawan saya, kita kat sini sekejap saja. Order punya order tiba-tiba datang seorang Mamat tegur kawan saya berpakaian ala – ala korporat dalam sudut hati memang nak gelak sampai pecah perut tapi tak sampai hati disebabkan tempat publik.
Bila saya dah sampai tempat tu, saya mula memesan persanan makan dan minuman tetapi ditegur oleh kawan saya, kita kat sini sekejap saja. Order punya order tiba-tiba datang seorang Mamat tegur kawan saya berpakaian ala – ala korporat dalam sudut hati memang nak gelak sampai pecah perut tapi tak sampai hati disebabkan tempat publik.
Saya
jangkakan pergi makan, tiba- tiba datang lagi kawan Mamat tu berpakaian serupa Siap dengan blazer dan ada
yang bertali leher.Kawan punya pasal, saya ikutkan kemahuan dia. Kalau orang
yang saya tak kenal, dah lama saya blah dari tempat tu. Saya pun nak kena jaga
maruah dia jugak. Ada ramai orang kat situ.
Cara Mereka mejalankan perbincangan adalah seperti dalam
gambar kat bawah ni.
EXAMPLE PICTURE
Lepas
perbincangan, saya tak dibenarkan balik walaupun saya dah kata yang saya dah
mengantok.Sebabnya mereka ada agenda mereka sendiri. Saya kemudian dibawa ruang meja berlainan. Kat situ kami diasingkan
dengan kawan saya.Disebabkan saya first timer, saya kena join yang first timer
jugak. Then kami duduk dalam kumpulan, perkenalkan diri masing-masing. Kemudian
saya diminta untuk membawa seramai ramai kawan yang boleh. Pada event mereka
nanti
Kali nie mereka membuat besar – besaran di HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH
Kali nie mereka membuat besar – besaran di HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH
EXAMPLE PICTURE
Dalam sesi
kali ini kami dikenalkan dengan leader mereka yang kononnya dah berjaya capai
satu tahap yang membanggakan. Satu yang saya meluat… dia punya berlagak, mulut
laser langsung tak ingat. Dah la cakap asyik pakai lepas.Macam biasalah… modus
operandi dia. Kutuk orang, kutuk kerja orang dan perasan diri dia bagus sangat.
Lepas habis sesi yang mengarut tu, ingatkan semua dah settle.
Saya ingatkan dah boleh balik. Pun masih tak boleh balik lagi rupanya.
Lepas tu
saya di bawa pulak ke satu kedai. Rasanya situ memang port diorang ni semua
berkumpul. Untung yang peniaga kat situ. Sekali datang, dekat 10 orang.
Saya di ajar untuk straight to the point bila buat bisnes. Saya diajar apabila
buat bisnes menggunakan “Table Talk” mesti ada proposal , ada tawaran dan ada
penerimaan atau penolakkan.
Saya jadi
pelik dan berada dalam mode bersedia sepanjang berada di kedai itu. Saya
tertunggu-tunggu, bila diorang ni semua akan ajak saya masuk bisnes diorang.
Bila diorang akan push saya untuk join network diorang.
Saya dah
mula bosan. Seorang demi seorang ini approach saya, perkenalkan diri dan cerita
pengalaman diorang sepanjang diorang join group ni.
Saya tak
minat nak join dengan kumpulan macam ni.
Saya tak
nampak dekat mana saya akan dapat benefit. Untuk jaga hati kawan saya tu, saya
kata yang saya akan fikir dulu, sebabnya esok saya akan bagi jawapan.
Nak bagi
jawapan malam tu jugak? Gila… saya dah la datang dengan diorang. Kang diorang
tak nak hantar saya balik macam mana? Kan susah tu nanti. Apalagi dengan tak
pikir panjang membayar wang deposite RM 100.
Esoknya
kawan saya tanya macam mana keadaan. Malam ni free tak untuk ikut dia ke kedai semalam.
Tak lama tu
dapat satu mesej melalui telefon. Mengatakan
bawa wang selebihnya untuk Register Akaun. Apalagi dah alang – alang masuk,
biar sampai berjaya.
Selepas menjadi
ahli mereka, mereka mula mesej dan telefon menanya khabar bisnis. Mula rasa
bagus juga leader group ambil berat kepada ahli - ahlinya. Setiap kali hujung
minggu mereka mengajak keluar bersama mereka untuk berbincang. Tapi tidak lama tu mula menghantar mesej pelik
dan memaksa membawa rakan baru. Saya mula berhenti dah menyebabkan menganggu ruang
waktu pembelajaran saya di IPTA Tempatan dengan menghantar mesej , call dan
perjumpaan dengan mendesak pelbagai bentuk. Lama juga saya dengan mereka hampir
dekat satu Semasta sebagai Mahasiswa.
Kalau perasan
semua mesej, sambil dia sebut nama Allah, sambil tu dia kutuk, dia hina dan dia
perlekehkan siapa saya ini. Ikhlas lah sangat kalau macam ni kan!!!
Ini ada satu perkongsian pengalaman dari saya yang dah terjoin bisnes ini. Inilah padahnya bila buat keputusan terlalu cepat tanpa fikir panjang. Konsep bisnes yang sebenarnya bukan macam ni.
Bisnis ini akan muncul bila ANDA menamat sesi persekolah dan melanjutkan pelajaran diluar sana. Kepada Mahasiswa, lebih baik anda fokus tentang pelajaran anda. Andalah harapan negara, jangan sia-siakan peluang yang ada. Kalau nak berbisnes pun, tunggulah hingga anda konvo nanti. Kawan saya pun rasanya dah tak berbisnes lagi dah, dah menarik diri.
Ini ada satu perkongsian pengalaman dari saya yang dah terjoin bisnes ini. Inilah padahnya bila buat keputusan terlalu cepat tanpa fikir panjang. Konsep bisnes yang sebenarnya bukan macam ni.
Bisnis ini akan muncul bila ANDA menamat sesi persekolah dan melanjutkan pelajaran diluar sana. Kepada Mahasiswa, lebih baik anda fokus tentang pelajaran anda. Andalah harapan negara, jangan sia-siakan peluang yang ada. Kalau nak berbisnes pun, tunggulah hingga anda konvo nanti. Kawan saya pun rasanya dah tak berbisnes lagi dah, dah menarik diri.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment